Rumah Amal Nur El Amin

Selasa, 29 November 2011

Penjagaan Harta Anak Yatim

Menurut Islam, amatlah dititikberatkan supaya kita menjaga hak anak yatim agar ianya terpelihara. Perkara ini telah dijelaskan di dalam Ayat Al-Quran dan Hadis.

Al-Maaa’uun : Ayat 1-2 : “ Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)? Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim

Surah Adh-Dhuha : Ayat 9 - Allah SWT telah berfirman “Adapun terhadap anak yatim, maka janganlah kamu melakukan sewenang-wenangnya”.

Surah Al-An’am : Ayat 152 – “Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik(untukmengawaldan mengembangkannya, sehingga ia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri); dan sempurnakanlah segala sukatan dan timbangan dengan adil”

Hadis Riwayat Al-Bukhari - Diriwayatkan daripada dari Sahl bin Saad r.a katanya: Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda :"Aku dan orang yang memelihara anak yatim adalah di dalam syurga seperti ini." Sambil Baginda menunjuk dengan kedua jarinya -jari telunjuk dan jari tengah (yang dirapatkannya).

Definisi anak yatim adalah anak yang telah di tinggal (kematian) orang tuanya baik itu dari ayah,atau ibu, atau ayah dan ibu.

Kanak-kanak yang menjadi anak yatim disebabkan kehilangan ayah atau ibu atau kedua-duanya sekali terdiri dari beberapa golongan. Ada anak yatim yang sihat sempurna akalnya dan ada anak yatim tidak sempurna sifatnya seperti terencat akal dan kurang upaya.

Oleh yang demikian, perkara yang paling penting adalah kebajikan mereka haruslah dititikberatkan. Ini bagi mengelakkan harta pusaka yang menjadi bahagian anak yatim tersebut disalahguna demi kepentingan penjaga.
Apabila seorang mati dan meninggalkan anak yang masih hidup, maka tanggungjawab untuk menjaga anak yatim tersebut telah berpindah kepada penjaganya.

Tugas penjaga yang menjaga anak yatim tersebut termasuklah urusan makan minum dan menguruskan harta anak yatim tersebut dengan baik sehingga anak yatim tersebut boleh menguruskan harta dan dirinya sendiri.

Perkara ini telah disokong oleh Hadis Riwayat Al-Tarmizi - Dari `Amru bin Syu'aib, dari bapanya, dari datuknya, bahawa Nabi Muhammad S.A.W. telah berucap kepada orang ramai yang lalu bersabda: "Ketahuilah, sesiapa yang menjadi wali bagi anak yatim yang ada harta, hendaklah ia memperniagakannya (supaya bertambah kembang) dan janganlah ia membiarkan harta itu (berterusan susut) …

Hadith Riwayat Al-Imam Al-Syafi'i, rahimahullah , bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya: "Carilah jalan yang menguntungkan semasa kamu menjaga dan mengurus harta anak yatim….”

Hadis Riwayat Al-Imam Al-Syafi'i juga ada menyatakan, maksudnya: Bahawa Saiyidatina `Aisyah r.a., semasa memelihara beberapa orang anak yatim (anak-anak saudaranya), ia mengeluarkan zakat bagi pihak anak-anak yatim itu dari harta mereka dan juga ia memperniagakan harta mereka untuk mengembangkannya.

Minggu, 27 November 2011

Muharram, Makna dan Keutamaannya

Muharram(محرّم) adalah bulan pertama dalam Sistem Takwin Hijrah (Hijriah). Pada asasnya, Muharram membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaituAllah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).
Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).
Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.  
Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk – makhlukNya.
Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya
kehormatannya.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, “Seutama-utama puasa sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat malam”. (Sahih Muslim)
Abu Musa Al Madani meriwayatkan dari Ibnu Umar r.a.;”Barangsiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram) adalah seperti berpuasa setahun dan siapa yangg bersedekah pada hari Asyura adalah bagiku bersedekah setahun.” Riwayat Albazzar

10 Muharram

  • 10 Muharram – Dinamakan juga Hari Asyura.
    Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan
    kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan
    keadilah dan kebenaran.
  • Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  • Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  • Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  • Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  • Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  • Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  • Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  • Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  • Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  • Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Hari pertama Allah menciptakan alam.
  • Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  • Allah menjadikan ‘Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan alam.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • Nabi Isa diangkat ke langit
“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bersalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bersalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah Assalamu’alaikum penghormatan kepadanya.” (QS. al-Azhab: 56)
Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:
  1. Berpuasa. Maksud
    Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
  2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
  3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X
  4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X
Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (1Muharram):
  1. Melapangkan masa, belanja ke atas anak isteri. Fadilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah. Fadilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  6. Bersedekah.
    Fadilatnya – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati.
    Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi Sunat. Fadilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
  9. Bercelak. Fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.” Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
  12. Membaca  “has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”. Fadilatnya – Tidak mati pada tahun ini.
  13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  14. Puasa. Niat – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.” Fadilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

semoga keberkatan bulan Muharram ini dapat dikongsi bersama, limpahan rahmat serta hidayah tercurah kepada kita semua ...

Sabtu, 26 November 2011

Memerlukan bantuan pihak Tuan / Puan


Rumah Amal Nur El Amin memerlukan sokongan dan bantuan seperti berikut:

  1. Buat masa ini belum ada mana-mana pihak yang menjadikan Rumah Amal Nur el Amin ini sebagai projek angkat mereka. Kami amat berharap pihak tuan boleh mempertimbangkan hal ini.
  2. Menganjurkan Makan Malam Amal di mana mana jua. Majlis Makan Malam Amal ini akan dipenuhi oleh Persembahan Kesenian dan Kebudayaan Islam. Mana mana kumpulan Nasyid boleh dijemput menjayakannya. Kos majlis ini boleh ditampung melalui jualan amal tersebut. Disamping itu persembahan oleh anak-anak penghuni Rumah Amal Nur el Amin ini juga boleh dijayakan secara selang seli.
  3. Program pengambilan anak angkat di kalangan anak-anak ini oleh kakitangan yang berminat membiayai keperluan makan minum, asrama, pengajian dan sebagainya. Sumbangan amal jariah yang sebegini memberi manfaat dua hala dimana ibubapa angkat diharapkan mendapat ganjaran besar di sisi Tuhan. Di dunia; memperolehi keberkatan dan keselamatan; menerima doa dari anak yang dinaungi setiap lepas solat bahkan setiap kebaikan yang mereka lakukan, insyaAllah akan ada ‘habuan’ untuk ‘pembela’ mereka di sisi Tuhan. Di sisi anak-anak sudah tentulah semua pembiayaan tersebut akan amat bererti dan amat mereka syukuri.
  4. Program Kenduri tahlil aruah dan bacaan yasin untuk aruah keluarga yang meninggal dunia. Semuanya boleh dilakukan dengan hanya menyumbangkan sedikit biaya menjayakan kenduri setiap malam isnin dan khamis. Anak-anak akan menadahkan tangan mendoakan aruah yang diniatkan. Para penyumbang boleh sms atau emailkan nama-nama ahli keluarga yang ingin diniat-hadiahkan pahala tahlil, yasin dan sebagainya it. Jumlah sumbangan terserah pada budi bicara pihak yang berkeinginan. Kami menerima seadanya.
  5. Sumbangan barang dapur untuk dimasak semada barangan kering atau basah; boleh disumbang secara bulanan atau bila-bila masa. Boleh dihantar sendiri atau dimaklumkan kepada kami untuk kami datang mengambilnya. Kmai amat menghargai semua sumbangan yang diberikan dan akan menerima semuanya seadanya.
  6. Sumbangan peralatan dapur dan peralatan rumah / barang elektrik walaupun barang terpakai. Apa jua yang mungkin tidak lagi diperlukan oleh tuan-tuan dan puan-puan tapi mungkin amat diperlukan di Rumah Amal ini. Jadi sebelum membuangnya, wajarlah bertanyakan kami terlebih dahulu.
  7. Sumbangan bayaran sewa rumah, bil-bil, kos minyak serta perbelanjaan pengurusan.
  8. Bagi yang mempunyai tanah, rumah atau kenderaan yang ingin mewakafkannya untuk dimanfaatkan oleh Rumah Amal ini boleh memaklumkannya supaya kami boleh melihat dan membuat keputusan mengenai kesesuaiannya.
  9. Sumbangan penajaan makanan bermasak harian, mingguan atau bulanan sebagai jamuan kenduri kepada pelajar-pelajar.
  10. Surat pelepasan cukai boleh diberikan dengan syarat memaklumkannya terlebih dahulu kepada kami. 



Rabu, 23 November 2011

(Kisah benar) Tersedar dari koma : Hasil doa anak yatim!

Roshaizad berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun yang cantik dan baik hati. Suri rumahtangga sepenuhnya. Dikurniakan dua orang anak lelaki berusia 8 dan 6 tahun. Beliau berkerja di sebuah syarikat antarabangsa sebagai maintenance engineer di samping memegang jawatan sebagai penyelia Emergency Responce Team (ERT) di kilangnya.

Tugasnya agak sibuk dan adakalanya berkerja sehinga lewat malam dan juga di hujung minggu.

Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalan raya sewaktu ke tempat kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi.Kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba memotong sebuah van kilang yang lain di sebuah selekoh di Gurun, Kedah.

Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar selama 47 hari lagi.

Cerita Ketika Beliau Koma. Saya di antara orang yang awal sampai di hospital selepas mendapat panggilan daripada isterinya. Saya juga di antara orang yang pertama dilihatnya selepas beliau sedar daripada koma selepas isteri dan doktor yang merawatnya.

Sewaktu Beliau Koma

Beliau telah didatangi oleh seorang malaikat dan mengatakan padanya usia beliau hanya tinggal 1 jam saja iaitu pada hari Ahad, jam 1.45 petang.
Walaubagaimanapun Allah akan menangguhkan kematiannya sekiranya ada 50 orang yang mendoakan secara ikhlas akan panjang usianya. Beliau agak kebingungan ketika itu.Beliau bertanyakan sudah ada berapa orangkah yang mendoakannya secara ikhlas sehingga kini. Jawab malaikat itu hanya baru 3 orang. Malaikat menunjukkan sesiapakah orang-orang itu. Dilihatnya insan itu ialah isteri beliau yang bercucuran airmata sejak hari pertama lagi beliau di hospital itu dan juga kedua anak beliau yang sedang tidur tergolek di kerusi menunggu pesakit di luar wad.

Malaikat itu juga telah memperlihatkan akan mereka yang mendoakannya iaitu kawan-kawannya termasuk saya, ahli kariah masjid yang membacakan surah yasin untuknya. Ibu bapanya, ibu bapa isterinya, adik beradik, sahabat handai dan rakan sepejabat. Kesemua di antara mereka telah melawatnya dan mendoakannya tetapi tidak diterima oleh Allah. Beliau bertanya kepada malaikat itu, mengapa doa mereka tidak diterima. Malaikat menjawab, tiada keikhlasan 100% di hati mereka.

Masa kian suntuk. Dia pun tidak tahu mengapa malaikat memperuntukkan masa yang begitu singkat kepadanya untuk hidup di dunia ini. Apa yang terjadi padanya kini. Dia pun kurang pasti. Malaikat terus menunggu dan melihat waktu yang kian menghampiri jam 1.45 petang.Hanya tinggal 10 minit lagi. Adalah mustahil untuk mencari 47 orang yang ikhlas mendoakan panjang usianya dalam masa sesingkat itu. Dia bertanyakan malaikat itu, adakah tuan akan mencabut nyawa sekiranya saya gagal mendapat 47 orang berkenaan, Jawab Malaikat “Ya”

Kurang dari 1 minit, malaikat menghampirinya dan berkata, Allah mengkabulkan doa mereka yang mendoakan panjang usia anda. Anda berjaya
mendapat 50 orang ikhlas yang berbuat demikian. Roshaizad bertanya, siapakah orang-orang itu. Malaikat menunjukkan mereka itu. Mereka adalah jemaah anak yatim yang baru saja menunaikan solat dzohor sebentar tadi dan berdoa untuk anda. Anda pernah pergi ke rumah anak-anak yatim berkenaan pada bulan Ramadhan yang lalu dan pernah menghulurkan bantuan kewangan. Mereka telah terbaca di dalam akhbar harian berkenaan kemalangan anda dan dzhor tadi mereka telah bersolat dan berdoa untuk anda. Doa ikhlas mereka diterima Allah swt. Malaikat itu kemudiannya ghaib dan tepat 1.45 petang Roshaizad tersedar dari komanya dan meraung kesedihan.

Isteri beliau yang ada di sisinya turut menanggis dan juga saya. Saya sebenarnya tidak tahu pada ketika itu apa yang berlaku padanya di dalam komanya dan mengapa beliau menanggis selepas sedar dari komanya.

Setelah beberapa ketika barulah cerita di atas ini diceritakan pada saya untuk tatapan anda sekelian.

Pengakuan dan pengajaran :

1.Beliau telah mengabaikan masa santai bersama isteri dan anaknya kerana mengejar duit dan tanggungjawab kerja. Sedangkan isteri dan anak-anaknya amat sayang padanya dan doanya amat ikhlas.

2.Dia telah mengabaikan tanggungjawab sosial dengan jiran dan masyarakat sekeliling dan ini menyebabkan mereka tidak ada rasa kasih pada saya kalaupun saya mati

3.Dia telah mengabaikan dan tidak menepati janji-janji pada kawan-kawan sehingga kawan-kawannya marah padanya dan sehingga doanya tidak ikhlas.. termasuk dengan saya.

4.Beliau jarang pergi masjid kecuali pada hari Jumaat dan ini menyebabkan jemaah masjid kurang mengenalinya dan menyebabkan doanya tiada keikhlasan

5.Beliau jarang memberi sedekah dan amal jariah. Nasiblah sumbangan ke rumah anak yatim yang diberikan tempoh hari atas desakan isteri beliau.

6.Beliau jarang bertolak ansur dengan kakitangannya walaupun hal-hal yang remeh. Ini menyebabkan kakitangannya membencinya dan doa mereka juga tiada keikhlasan.

7.Beliau jarang berkunjung ke rumah adik beradik dan takut adik beradik meminjam wang dengannya. Ini menyebabkan juga tiada keikhlasan dari mereka.

8.Beliau banyak kali menyakiti hati hati ke dua ibubapanya kerana tidak menunaikan janji untuk balik ke kampung pada hari-hari tertentu lantaran kerja beliau. Ini menyebabkan ibubapanya marah. Kes ini hanya Allah yang tahu.

9.Beliau gagal menunaikan solat pada waktunya lantaran kerja beliau atau adakalanya tertinggal terus terutamanya solat Asar

10.Beliau tidak menunaikan zakat walaupun beliau memang layak berbuat demikian.

Sahabat:

Allah masih sayang pada sahabat saya ini ataupun ianya untuk memberi pengajaran pada kita melalui tulisan ini. Ambillah ikhtibar dari cerita ini.Sahabat saya ini masih gagal untuk mendapatkan perlindungan takaful disebabkan oleh kemalangan dan kecederaannya.

Dirikan solat tepat pada waktunya, keluarkanlah zakat. Luangkan masa bersama keluarga.Imarahkan masjid selalu. Baliklah selalu lihat wajah ibubapa kerana Allah akan memberikan pahala ke atas perbuatan kita itu. Berbaiklah dengan jiran dan kenalilah mereka.Bertolak ansurlah dengan mereka yang memerlukan.

Ingat! kita akan dapat apa yang kita telah beri. Selalulah memberi.

Tulisan asal oleh
Azahari Bin Mohd
Engineering (Piping)

Minggu, 20 November 2011

JUALAN AMAL RUMAH AMAL NUR ELAMIN


JUALAN AMAL RUMAH AMAL NUR ELAMIN !!!!!
"mengagih nikmat, menghimpun berkat"



BUKU CATATAN SEJARAH RASULULLAH s.a.w
(new release) terhad!!!!


"Apakah engkau benar-benar kenal Nabimu?
lalu kenal secara lahir, batin, jasmani, maknawi dan rohaninya?
Atau engkau hanya kenal secara lahirnya saja, tidak lebih dari itu?
Atau engkau kenal secara rambang saja?
Sebenarnya kalau engkau kenal secara lahir, batin, jasmani,
dan rohaninya peribadi Nabimu, pasti engkau jatuh hati kepadanya
Engkau akan cinta, engkau akan menyebut selalu namanya
melalui selawat dan ingatan terhadapnya..."

Menyingkap keajaiban peribadi dan perjuangan Rasulullah SAW serta para Sahabat.

Disusun oleh : Ustaz Nasaruddin Awang

RM 75
 sahaja
 
( klo nak lebih, untuk sumbangan Rumah Amal Nurelamin boleh juga ... :D

hubungi : Putra (014 2654033 / 013 2782714)
email : nurelamin2u@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...